Talbinah merupakan adunan yang terbuat dari gandum dan buah
kurma juga air dari tepung barli yang dikisar. Dikenali dengan Talbinah
kerana ia menyerupai susu pada warnanya yang putih dan keadaannya yang cair.
Kadang-kadang dicampurkan ke dalamnya madu.
Kebaikan
Menyembuhkan hati yang sakit dan menghilangkan kesedihan.
Sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung dan selepas
melahirkan anak.
Resipi
Bahan-bahan:
1. Kisaran kacang barli (tepung barli)
2. Madu
3. Susu (kambing/unta)
4. Sedikit air
Cara-cara:
Gaul tepung barli dan air di dalam periuk di atas api yang
sederhana. Apabila sudah likat, masukkan madu. Kemudian akhir sekali masukkan
susu dan gaul hingga likat. Jika suka, boleh tambah hirisan kurma ajwa.