Friday, April 6, 2012

Ajaibnya Solat Subuh

Sumber: Al-Islam, April 2012. Berita Harian, 25 Mei 2007


Janji Allah s.wt pada kita.. semakin berat suatu perkara/ ibadah dilakukan, semakin besar ganjarannya. Salah satunya ialah solat subuh.

Kajian sains telah dibuat yang mana tahap oksigen paling tinggi pada waktu subuh.


Menghirup udara bersih sangat baik untuk fungsi
- jantung, 
- menguatkan paru-paru, 
- membaiki dan meningkatkan sel organ yang rosak, 
- mengendurkan urat saraf, 
- reumatisme, 
- meneutralkan peredaran darah 
- meringankan asma 
- menguatkan sistem imunisasi

Individu yang bangun pada awal pagi kelenjar pinealnya mula menurun, mengurangkan hormon melatonin dan mengaktifkan sistem saraf untuk bekerja pada waktu siang.


Gambar Hiasan
Dengan kebaikan-kebaikan yang dinyatakan diatas, ini adalah satu kelebihan bagi individu yang bangun awal seterusnya menunaikan solat subuh dan lebih baik jika keluar ke masjid untuk berjemaah.





Kelebihan Solat Subuh
- Memperoleh cahaya semasa melalui titian sirat

- Rasulullah mendoakan umatnya yang bergegas menunaikan solat


- Menjadi pengukur keimanan

- Bebas dari air kencing syaitan

- Pahala seperti menunaikan ibadah haji & umrah

- Ganjaran yang lebih besar, tiada tandingnya di dunia

- Waktu paling baik memperolehi rahmat & keredaan Allah SWT... maksud firmanNya  Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas” (Surah al-Kahfi, ayat 28)


- Dijanjikan syurga ...  maksud sabda Rasulullah SAW  Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga” (Daripada Abu Musa al-Asyaari Hadis riwayat Bukhari). 
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.


- Dijaga dan disaksikan Malaikat

- Dilindungi Allah sepanjang hari... maksud sabda Rasulullah SAW  “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)