Monday, September 24, 2012

Tanyalah Ustaz (TV9): Ibu Mertua

Tarikh:  24-Sept.-12

Bahagian 1


Ibu mertua adalah sama taraf dengan ibu sendiri.

Selepas bernikah, seorang perempuan itu wajib taat kepada suami selepas Allah dan Rasul manakala seorang lelaki pula wajib taat ibu dan bapa selepas Allah dan Rasul.

Ibu bapa berperanan sebagai penasihat kepada rumahtangga anak-anaknya dan pembimbing anak-anak didalam menguruskan rumahtangga.

Berbaik dengan ibu mertua dengan bersangka baik.

Ibu mertua tidak boleh mencampuri rumahtangga anak.

Memikat hati ibu mertua ialah tunjukkan kemesraan dari awal iaitu sewaktu berkenalan dengan bakal suami, bertunang.

Menghadapi ibu mertua yang bermasalah  (cerewet) ialah berkawan dengan beliau, kerap bertanya khabar, membawa bahan bacaan, keluar berjalan, buah tangan, ambil tahu minat dan berziarah dan doa

"Ya Allah, mudahkanlah urusanku, jangan Engkau susahkan dan akhirkan dengan penuh kebaikan

dan

 “Ya Allah, lembutkanlah hati ibu mertuaku kepadaku sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud a.s

Punca mencari silap menantu:
Kesesuaian dengan anak beliau seperti perbezaan umur dan pangkat
Sikap menantu sendiri
Menantu yang tidak baik

Seorang bapa orang berkuasa keatas anak perempuan yang berumahtangga jika:
Anak perempuannya di zalimi
Suami anaknya tidak memberi nafkah 
Suami anaknya melanggar taklik