Ibu susuan adalah tidak semistinya hamil terlebih dahulu (jumhur fuqaha) dan perempuan tidak bersuami yang menyetubuhinya (mazhab Hanbali, Syafi'i dan Hanafi)
Penggunaan ubat/ suntikan untuk merangsang pengeluaran susu adalah harus. Syarat: Perempuan yang baligh, dan ubat-ubatan tidak ada unsur-unsur najis/ mudarat. Tidak harus bagi lelaki yang bertukar jantina.
Dari jumhur fuqaha, 2 kaedah penyusuan: Secara langsung (payu dara) dan alat sokongan (seperti tiub dan botol susu).
Penggunaan alat sokongan
(a) Syarat :
- 5 kali penyusuan
- Susu sampai ke perut bayi
- Umur bayi tidak melebihi 2 tahun mengikut perkiraan bulan qamariah
(b) Tidak sah sebagai anak susuan jika susu disuntik melalui dubur/qubul, titisan ke mata/ telinga atau tempat luka
Tiada larangan jika ibu susuan bukan beragama Islam kepada anak susuan yang beragama Islam atau anak susuan bukan beragama Islam oleh ibu susuan bergama Islam kerana penyusuan tidak merosakkan akidah.
Susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama dengan susu ibu tulen selagi memenuhi syarat-syarat syarak.
Lelaki yang mengahwini ibu susuan adalah mahram kepada anak susuan.