Wednesday, November 6, 2013

Tahiyatul Masjid

Sumber bacaan: Iman, bil: 21.

Solat sunat selamat datang sebaik sahaja memasuki masjid dengan tujuan untuk memuliakan masjid dan salah satu adab apabila berada di rumah Allah. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang berganda.

Merupakan solat sunat dua rakaat, seperti solat sunat dua rakaat yang lain dan sunat membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Al-Ikhlas pada rakaat kedua, selepas bacaan Al-Fatihah.

Solat ini menjadi luput apabila kita terus duduk dengan sengaja sebaik sahaja memasuki masjid atau lupa diikuti ingat semula di dalam tempoh yang lama.