Monday, April 21, 2014

Mufaraqah

Sumber: Ustaz Abdullah Hamzah, Iman bil. 26
Kategori: Solat

Ringkasan bacaan dan pemahaman saya seperti di bawah. Untuk bacaan lanjut, sila dapatkan majalah Iman bil.26.


Maksud...
Berpisah daripada mengikut imam ketika solat berjemaah dan meneruskan solat bersendirian.

*****

Mengikut hadis yang dikemukan, perbuatan ini dibolehkan dan tidak membatalkan solat kerana ia lebih baik daripada membatalkan solat atau hati tidak tenteram sepanjang solat berjemaah. Contoh keadaan ialah sakit perut dan imam membaca surah panjang.
Mazhab Syafi'i membenarkan samada dalam keadaan uzur atau tidak uzur tetapi makruh. Solat adalah sah jika dilakukan tanpa sebab.
Pahala solat jemaah terhenti apabila seseorang mula berniat mufaraqah.

*****

Cara...
Apabila sesorang berasa tidak boleh meneruskan solat berjemaah, dia berniat di dalam hati untuk bermufaraqah walaupun masih berada dalam saf solat jemaah. Kemudian dia teruskan solat hingga selesai bersendirian